Pengunjung tersekat di tengah gelongsor kaca, netizen seram lihat staf meniti beri bantuan

LocalEntertainment
31 Jan 2025 • 11:45 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
tersekat di tengah

Tindakan seorang staf meniti diatas kaca bagi memberikan bantuan kepada pengunjung yang tersekat di tengah gelongsor kaca telah mendapat perhatian ramai.

@frogskins6

Tengok best tengok view, sekali nampak kejadian ni pulak..hahaha. Nasib kome tak tersekat lama yek#icityslide #icityshahalam

♬ Squid Game - Round and Round Mingle (Marimba Ringtone) - Ringtone - Anime Ringtones & Anytunz

Video rakam pengunjung tersekat di tengah gelongsor

Menerusi video yang dikongsi pengguna TikTok dikenali sebagai frogskins6, dia telah memuat naik video yang diambil secara tidak sengaja sewaktu mahu melihat pemandangan dari atas bagi bangunan lain.

“Tengok best tengok view, sekali nampak kejadian ni pulak, hahaha

“Nasib kome tak tersekat lama yek,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Pengunjung tersekat di tengah, staf meniti tolak pelampung

Berdasarkan video berkenaan, pengunjung yang sedang menaiki permainan tersebut dilihat seakan tersekat di tengah gelongsor kaca terbabit sebelum staf yang bertugas segera meniti memberikan bantuan.

image is not available

Seram pula tengok

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai yang kebanyakannya mengakui ‘seram’ melihat kejadian itu.

Ada juga yang mempersoalkan tindakan staf yang datang menghulurkan bantuan tanpa sebarang ‘safety’ memandangkan permainan tersebut berada di kedudukan yang agak tinggi.

image is not available

Macam menempah maut pula

image is not available

Dah ada dua kejadian setakat ini

image is not available

Yang turun tolak pun macam tiada safety je

image is not available

Terdahulu, permainan gelongsor kaca yang baru dibuka dan sedang heboh diperkatakan telah mencetuskan persoalan tentang keselamatannya susulan pelampung jatuh dari atas ke bawah sehingga menimpa pengunjung.

Difahamkan, permainan tersebut belum mendapat kelulusan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan telah kompaun atas beberapa isu pada 14 November tahun lalu.

Sumber: TikTok frogskin6