Pengurus acara dedah tarikh perkahwinan diraja Pahang – “Semua rakyat dijemput datang..”

LocalEntertainment
9 Aug 2024 • 12:57 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pengurus acara, Teja Market dedah tarikh perkahwinan diraja, Puteri Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah iaitu Tengku Puteri Raja, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Teja Market di laman TikTok, majlis perkahwinan antaraTengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah dengan pasangannya, Fd Idzham Fd Iskandar bakal berlangsung dalam masa dua minggu lagi.

Difahamkan, majlis tersebut diberi nama ‘Langit Cinta’ Lintas Langsung Istiadat Perkahwinan Diraja antara Tengku Puteri Afzan dan Fd Idzham Fd Iskandar.

Perkahwinan diraja Pahang

image is not available

Dalam poster itu juga, istiadat itu bermula pukul 10 pagi hingga 10 malam pada 22 hingga 25 Ogos bertempat di Tasek Kotasas, Kuantan.

Teja Market juga memberitahu seluruh rakyat dari mana-mana negeri dialu-alukan untuk hadir ke istiadat tersebut malah skrin besar turut disediakan untuk tontonan rakyat Pahang.

“Semua rakyat Pahang dijemput hadir ke Tasek Kotasas pada 22 hingga 25 Ogos ni ya, semua orang dari luar Pahang pun sangat dialu-alukan datang ya,” ujar Teja Market.

Perkahwinan diraja Pahang

image is not available

Terdahulu, Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah memaklumkan majlis perkahwinan paling indah buat Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah dengan pasangannya, Fd Idzham Fd Iskandar.

Baginda mendedahkan berita baik itu ketika bertitah pada Majlis Penutup Islamic Fashion Festival (IFF) 2024 dan Perasmian Pameran Solo Syed Thajudeen di Kuantan, semalam.

Pengumuman tersebut secara tidak langsung menjawab spekulasi ramai berhubung perkahwinan diraja Pahang yang akan berlangsung bulan ini.

image is not available

Sumber: TikTok @Teja Market