Pengurus besar direman tujuh hari, salah guna kuasa

16 Jan 2024 • 12:47 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Pengurus besar lembaga pertubuhan direman tujuh hari bagi membantu siasatan dakwaan salah guna kuasa.

KUALA TERENGGANU - Seorang pengurus besar lembaga pertubuhan di Terengganu direman tujuh hari di Mahkamah Majistret, di sini pada Selasa bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa bagi pembelian pukat dan racun serangga.

Lelaki berusia 50-an itu didakwa menyalahgunakan kuasa dengan meluluskan tuntutan bayaran bagi pembelian pukat dan racun serangga, iaitu beliau mempunyai kepentingan dalam urusan berkenaan.

Penolong Kanan Pendaftar, Yuhanis Mohd Roslan mengeluarkan perintah reman itu sehingga Isnin depan selepas membenarkan permohonan daripada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Prosiding permohonan itu dikendalikan pegawai penyiasat, Ahmad Faiq Mustofa sementara suspek lelaki itu diwakili seorang peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

SPRM Terengganu telah menahan suspek di pejabatnya di negeri ini pada jam 12.05 tengah hari Isnin.

Suspek disyaki menggunakan isterinya dengan mengemukakan invois syarikat yang palsu dan melakukan perbuatan itu sejak 2018.

Sementara itu, Pengarah SPRM Terengganu Hazrul Shazreen Abd Yazid mengesahkan penahanan tersebut dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 23 (1) Akta SPRM 2009 dan siasatan menyeluruh akan dijalankan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved