Pengurus besar sebuah agensi kerajaan antara tiga ditahan di Kelantan - SPRM

6 May 2024 • 4:37 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KOTA BHARU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan menahan tiga pegawai kanan agensi kerajaan termasuk seorang pengurus besar yang disyaki terlibat dengan rasuah malam Ahad (Mei 5).

Menurut sumber ketiga-tiga pegawai, masing-masing berumur 40, 47 dan 49 tahun itu ditahan selepas keterangan mereka diambil di Pejabat SPRM di sini antara 7.15 dan 8 malam ini.

Beliau berkata mereka ditahan bagi membolehkan pihak SPRM menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 iaitu meminta dan menerima rasuah.

Sementara itu Pengarah SPRM Kelantan Rosli Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan ketiga-tiga pegawai berkenaan.

Beliau berkata ketiga-tiga mereka akan dibawa ke Mahkamah Kota Bharu pagi esok bagi mendapatkan perintah tahanan reman.