
ISTANBUL: Chelsea pada Ahad mengesahkan pengurus kelab itu Graham Potter (pix) dipecat selepas pasukan itu mempamerkan prestasi buruk dalam aksi Liga Perdana Inggeris.
“Graham bersetuju untuk bekerjasama dengan Kelab untuk memudahkan peralihan yang lancar. Semasa bersama kelab, Graham membawa kami ke suku akhir Liga Juara-Juara dan akan menentang Real Madrid,“ lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Chelsea.
Bruno Saltor akan mengambil alih sebagai ketua jurulatih sementara.
Chelsea, yang berada di tangga ke-11 dengan 38 mata dalam 28 perlawanan, tewas 0-2 di tempat sendiri ketika menentang Aston Villa pada Sabtu.
Potter, 47, yang berkhidmat sejak September, mengetuai The Blues ke suku akhir Liga Juara-Juara UEFA menentang Real Madrid musim ini. -Bernama

