Pengurus Syarikat Di Bau Rugi RM160,000 Terpedaya Pelaburan Di WhatsApp

30 Oct 2023 • 6:32 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Padah terpedaya pelaburan di aplikasi Whatsapp

Pengurus Syarikat Di Bau Rugi RM160,000 Terpedaya Pelaburan Di WhatsApp. Seorang pengurus syarikat di Bau, di sini kerugian kira-kira RM160,000 selepas menjadi mangsa sindiket pelaburan saham wang menerusi WhatsApp.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Mohd Azman Ahmad Sapri berkata lelaki 40-an itu pada mulanya tertarik dengan iklan belajar pelaburan dalam talian semasa melayari Facebook bulan lalu.

image is not available
Pengurus Syarikat Di Bau Rugi RM160,000 Terpedaya Pelaburan Di WhatsApp. Kredit: Google

“Kemudian nombor telefon mangsa dimasukkan dalam grup WhatsApp ‘Stock Exchange Group’ sebelum diajar cara membuat pelaburan dalam pasaran saham oleh seorang lelaki dikenali ‘Jerry’ yang mengaku pengurus kewangan syarikat menawarkan pelaburan tersebut.

“Setelah mendengar penerangan suspek, mangsa membuat pelaburan melalui sebuah laman web,” katanya dalam kenyataan.

Susulan itu, katanya, mangsa melakukan lima pemindahan wang kira-kira RM160,000 ke dua akaun bank atas nama syarikat berlainan bulan ini.

Azman berkata, mangsa hanya menyedari ditipu apabila gagal mengeluarkan keuntungan pelaburan berjumlah RM20,000 kerana akaun pelaburan itu dibekukan.

“Suspek turut mengarahkan mangsa membuat pembayaran tambahan untuk membolehkan dia melakukan pengeluaran wang.”

Katanya, mangsa membuat laporan polis semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun, boleh disebat dan didenda, jika sabit kesalahan.

Beliau menasihatkan orang ramai membuat pelaburan di platform berdaftar dengan Bank Negara dan Suruhanjaya Sekuriti.

Baca lagi artikel menarik:

https://www.iloveborneo.my/taktik-baru-scammer-hantar-saman-rm50-melalui-e-mel-dan-kena-bayar-dalam-7-hari/

https://www.iloveborneo.my/diperdaya-macau-scam-43-rakyat-malaysia-mangsa-sindiket-di-peru-diselamatkan/