Pengurus syarikat rugi hampir RM600,000 terpedaya dengan pelaburan tidak wujud

22 Nov 2023 • 7:32 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

KUALA LUMPUR, 22 NOV: Pengurus syarikat swasta kerugian RM598,680 gara-gara terpedaya dengan pelaburan yang menjanjikan pulangan lumayan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata lelaki berusia 39 tahun itu berkenalan dengan seorang wanita tempatan yang terlibat urusan pelaburan saham dalam talian kononnya menawarkan pulangan menguntungkan.

“Mangsa tertarik dengan pelaburan itu lalu membuat bayaran keseluruhan RM598,680 yang dimasukkan ke dalam beberapa akaun bank dari 14 November 2022 hingga 11 November 2023.

“Bagaimanapun, mangsa tidak mendapat pulangan seperti dijanjikan sebaliknya suspek memberi pelbagai alasan seperti wang dilarikan rakannya dan keseluruhan aset disita polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Fakhrudin berkata Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya menerima satu laporan berhubung kes berkenaan, semalam.

Beliau berkata masyarakat diseru dan dinasihatkan supaya lebih peka dan tidak terpedaya dengan pulangan lumayan dalam tempoh masa singkat.

“Orang ramai perlu membuat semakan terlebih dahulu kesahihan aktiviti pelaburan daripada pihak Suruhanjaya Sekuriti di laman sesawang, https://www.sc.com.my/investor- alert bagi memastikan kewujudan sesuatu syarikat pelaburan,” katanya.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved