Pengurus syarikat rugi lebih RM400,000 terpedaya pelaburan tidak wujud

16 May 2024 • 7:30 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

SEREMBAN, 16 MEI: Seorang pengurus syarikat swasta kerugian RM401,075 akibat menjadi mangsa sindiket penipuan pelaburan tidak wujud secara dalam talian.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohamad Hatta Che Din berkata lelaki berusia 51 tahun itu berurusan melalui aplikasi WhatsApp dengan beberapa individu tidak dikenali dan melakukan pindahan wang dari tempoh 21 Mac hingga 12 Mei.

“Mangsa telah membuat pindahan wang sebanyak 19 kali menggunakan wang miliknya sendiri. Lelaki itu membuat laporan polis semalam setelah menyedari ditipu oleh sindiket itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata siasatan dijalankan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Menurutnya penipuan pelaburan tidak wujud secara dalam talian merupakan antara kes mencatatkan jumlah kerugian tertinggi berbanding kes lain bagi suku tahun pertama kali ini.

Orang ramai dinasihatkan tidak mudah terpedaya kepada pihak menawarkan pelaburan secara dalam talian dengan keuntungan tinggi.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved