Pengurus syarikat rugi lebih RM500,000 terpedaya sindiket pelaburan saham

LocalBusiness & Finance
2 Nov 2024 • 3:00 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Seorang pengurus syarikat kerugian lebih RM500,000 selepas terpedaya dengan sindiket pelaburan saham tidak wujud. Gambar hiasan

JOHOR BAHRU - Seorang pengurus syarikat kerugian lebih RM500,000 selepas terpedaya dengan sindiket pelaburan saham tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Tan Seng Lee berkata, lelaki berusia 55 tahun itu, membuat laporan polis pada Khamis lepas dan mendakwa sindiket berkenaan menawarkan keuntungan pelaburan berlipat kali ganda dalam tempoh singkat.

Beliau berkata, wang keuntungan daripada pelaburan didakwa dimasukkan ke dalam akaun menerusi sebuah aplikasi.

"Tertarik dengan keuntungan berlipat ganda yang dijanjikan, mangsa telah membuat 18 kali transaksi berjumlah RM527,116 ke tiga akaun bank tempatan.

"Transaksi itu dibuat bermula 19 September sehingga 25 Oktober lepas,” katanya pada kenyataan pada Sabtu.

Seng Lee berkata, mangsa menyedari ditipu selepas gagal mengeluarkan keuntungannya berjumlah 3.251 juta yuan bersamaan RM2 juta, selain turut diminta untuk membuat bayaran tambahan berjumlah RM239,116.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Sehubungan itu, Seng Lee berkata, orang ramai yang ingin menyertai mana-mana skim pelaburan terutama menjanjikan keuntungan lumayan dalam masa singkat, dinasihatkan sentiasa berwaspada serta membuat semakan terperinci bagi mengelak menjadi mangsa penipuan sindiket pelaburan. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved