Pengurus syarikat rugi RM2.08 juta, terpedaya skim pelaburan tidak wujud

LocalBusiness & Finance
25 Mar 2025 • 6:45 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 25 MAC: Seorang pengurus syarikat mengalami kerugian RM2.08 juta selepas terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud menerusi laman sosial Facebook.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata mangsa berusia 52 tahun itu menyertai pelaburan berkenaan pada Ogos lepas apabila dimasukkan ke dalam satu kumpulan WhatsApp yang ditadbir individu bernama Charles.

Beliau berkata sebagai modal pelaburan, mangsa telah diminta membuat sembilan transaksi pembayaran ke sembilan akaun bank berbeza berjumlah RM2.08 juta.

“Mangsa tampil membuat laporan polis selepas mula menyedari ditipu apabila diminta membuat pelbagai bayaran tambahan sekiranya ingin mengeluarkan keuntungan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Hussein berkata kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menipu.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada terhadap sebarang tawaran pelaburan di media sosial yang menjanjikan pulangan tidak munasabah.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved