Pengurus syarikat rugi RM420,000 terpedaya pelaburan tidak wujud

LocalBusiness & Finance
17 Sep 2024 • 7:51 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Mangsa menggunakan wang simpanannya untuk tujuan 'pelaburan' berkenaan semasa mangsa berada di Filipina, China dan Johor. Gambar hiasan

IPOH - Seorang pengurus syarikat kerugian RM420,000 selepas terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, lelaki berusia 33 tahun itu mula terperdaya selepas melayari laman sosial Facebook dan berkenalan dengan seorang wanita pada 24 Ogos.

Beliau berkata, wanita itu telah mengajak mangsa melabur dan memberi satu pautan untuk urusan pelaburan berkenaan.

"Mangsa kemudian memindahkan wangnya ke empat akaun syarikat berbeza kesemuanya berjumlah RM420,000 bermula 7 hingga 14 September lepas," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Abang Zainal Abidin berkata, mangsa mengesyaki dirinya ditipu apabila tidak dapat melayari pautan terbabit dan membuat laporan polis pada Ahad lepas.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati mangsa menggunakan wang simpanannya untuk tujuan 'pelaburan' berkenaan semasa mangsa berada di Filipina, China dan Johor.

Kes berkenaan, katanya disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.- Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved