
Kota Kinabalu: Mahkamah Sesyen menetapkan 12 Mei depan untuk pengurusan kes pra-perbicaraan bagi kes membabitkan seorang lelaki berusia 39 tahun yang didakwa merogol anak perempuannya berusia 12 tahun lima bulan.
Hakim Elsie Primus menetapkan tarikh lelaki itu apabila kesnya dibawa untuk sebutan pada Selasa.
Mahkamah dimaklumkan bahawa dokumen berkaitan kes itu masih belum siap.
Lelaki itu didakwa merogol anak perempuan itu pada jam 7 pagi, 12 Mac tahun ini di sebuah rumah di Manggatal, dekat sini.
SPONSORED CONTENT MyAir planning student, civil servant fares Kota Kinabalu: With air fares between from Kuala Lumpur to Sabah and Sarawak being the bane of travellers, MYAirline’s RM249 KL-Tawau flight is making the newest low-cost airline popular among Sabahans in the Klang Valley. Read more Kesalahan mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara antara lapan dan 30 tahun, dan sebat sekurang-kurangnya 10 sebatan, jika sabit kesalahan.
Tertuduh meminta dibicarakan terhadap pertuduhan yang dihadapinya pada 28 Mac tahun ini.
Sementara menunggu tarikh tersebut, lelaki itu ditahan reman selanjutnya.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.


