Pengusaha Lori Berani Cabar JPJ, Tindakan Tegas Menanti

LocalPolitics
13 Jan 2025 • 11:15 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Berani menghalang tindakan penguatkuasaan, segelintir pengusaha lori kini sedang ‘diperhatikan’ oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Mereka bukan sahaja mengugut syarikat tunda daripada membawa kenderaan ke pusat timbang JPJ, malah bertindak lebih jauh sehingga mengarahkan pemandu meninggalkan lori di tepi jalan dan mematikan sistem GPS kenderaan, serta merosakkan lori.

Mengancam Kelancaran dan Keselamatan Lalu Lintas

Menurut Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ, Muhammad Kifli Ma Hassan, tindakan seperti ini bukan sahaja melanggar undang-undang tetapi juga menjejaskan keselamatan serta aliran trafik.

Tindakan Undang-Undang Menanti

image is not available

JPJ akan membuka kertas siasatan terhadap syarikat-syarikat pengangkutan yang terlibat dan kes ini akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

"Bagi kesalahan enggan memberi kerjasama, kami akan membuat siasatan mengikut Seksyen 234(C) Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010 kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan sekiranya didapati bersalah boleh dikenakan denda maksimum RM250,000,” jelasnya.

Sebagai langkah tegas, lesen pengendali syarikat mereka juga bakal dibatalkan.

Sumber: Bernama

View Original Article