Pengusaha pelancongan komuniti luar bandar disaran sertai koperasi

26 Apr 2023 • 3:49 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

KIULU: Pengusaha-pengusaha pelancongan luar bandar berasaskan komuniti disaran untuk melibatkan diri dalam sektor koperasi bagi mempelbagaikan penjanaan pendapatan mereka.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan, dan Alam Sekitar, Datuk Joniston Bangkuai, berkata komuniti kampung yang giat aktif dalam pelancongan perlu memanfaatkan koperasi yang membolehkan mereka menjalankan pelbagai peluang perusahaan.

“Pengusaha pelancongan berasaskan komuniti tidak seharusnya mengehadkan diri mereka untuk menjalankan perniagaan pelancongan sahaja. “Mereka perlu memikirkan perniagaan lain yang mampu membawa hasil wang dan meningkatkan sosioekonomi mereka,” katanya pada perasmian Hari Keluarga Koperasi Pukak di sini, pada Isnin.

SPONSORED CONTENT MyAir planning student, civil servant fares Kota Kinabalu: With air fares between from Kuala Lumpur to Sabah and Sarawak being the bane of travellers, MYAirline’s RM249 KL-Tawau flight is making the newest low-cost airline popular among Sabahans in the Klang Valley. Read more Beliau berkata pengusaha pelancongan luar bandar berasaskan komuniti sudah mempunyai struktur jawatankuasa yang teratur dan boleh digunapakai apabila mereka menubuhkan koperasi sendiri.

Joniston yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kiulu, turut menyarankan agar koperasi luar bandar sedia ada juga memperluaskan fokus perniagaan kepada pelancongan yang menjadi salah satu pendapatan utama negeri serta teras pelan pembangunan Sabah Maju Jaya.

Tambahnya, Kiulu mempunyai 10 koperasi yang kebanyakannya menjalankan perniagaan kedai runcit dan perkakasan.

“Melalui koperasi, ia mudah untuk semua ahli memohon bantuan tertentu terutamanya daripada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. “Saya sudah berbincang dengan menterinya Datuk Ewon Benedick bagaimana kita boleh sama-sama membantu komuniti kampung melalui usaha ini.

“Bagi Kementerian Pelancongan, Kebudayaan, dan Alam Sekitar serta Lembaga Pelancongan Sabah, kita akan bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. “Kita juga akan terus membimbing koperasi yang ingin menjalan perniagaan pelancongan dan para pengusaha pelancongan komuniti yang mahu melibatkan diri dalam koperasi,” ujarnya.

Terdahulu pada majlis itu, pengerusi Koperasi Pukak, Guin Omar, menyampaikan sijil pelantikan kepada Joniston sebagai penaung Koperasi Pukak.

Turut hadir pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Sabah, Matias Kundapin, dan penolong pegawai daerah kecil Kiulu, Justin Ginduk.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.