Peniaga bawa wang RM70,000 dalam beg plastik hitam ke bank disamun

14 Aug 2023 • 11:30 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

KOTA BHARU, 14 OGOS: Seorang peniaga kedai runcit terpaksa berputih mata apabila wang hasil jualan dianggarkan berjumlah RM70,000 dibungkus dalam beg plastik hitam disamun ketika dalam perjalanan ke sebuah bank di Jalan Kebun Sultan, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP, Mohd Rosdi Daud, berkata kejadian jam 10.45 pagi itu, mangsa berusia 60-an sedang menunggang motosikal ke bank untuk mendeposit wang tersebut.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa dihampiri oleh seorang suspek lelaki yang menunggang motosikal sebelum bertindak melarikan beg plastik hitam berkenaan serta dua telefon bmbit yang diletakkan di dalam bakul motosikal.

Mohd Rosdi berkata sewaktu kejadian suspek menunggang sebuah motosikal berwarna hijau atau hitam, memakai jaket warna gelap, berseluar warna gelap serta bertopi keledar warna gelap.

“Mangsa gagal mengecam nombor pendaftaran dan jenis motosikal yang digunakan suspek,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

“Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai suspek diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat kes Inspektor Harjit Singh di talian 011-65577511 atau 09-7752200 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

— BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved