Peniaga Bazar Jalan TAR Minta DBKL Bertanggungjawab, Khemah Niaga Musnah Angkara Ribut

LocalBusiness & Finance
13 Mar 2025 • 9:00 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Tular di media sosial memaparkan peniaga bazar di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR), di sini, tidak berpuas hati apabila khemah dibekalkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) musnah selepas hujan lebat dan angin kuat kira-kira jam 4 petang semalam.

Menerusi video tular, dapat dilihat banyak khemah musnah termasuk barangan perniagaan sehingga mengakibat kerugian terhadap para peniaga di sana.

image is not available

Peniaga Bazar Jalan TAR Minta DBKL Bertanggungjawab

Memetik BH Online, salah seorang peniaga dikenali Nora Dollah berkata, dia terpaksa menangung kerugian selepas barang jualan rosak teruk akibat khemah disediakan musnah dalam kejadian itu.

“Keadaan khemah perniagaan yang tidak bertali dan dipasang tanpa langkah keselamatan yang mencukupi. Keadaan ini menyebabkan khemah mudah diterbangkan angin dan rosak, seperti berlaku hari ini (semalam).
“Kejadian ini bukan sahaja menjejaskan perniagaan kami, malah membahayakan keselamatan peniaga dan pengunjung,”katanya.

image is not available

Nora menyatakan bahawa peniaga di kawasan tersebut kecewa kerana tiada tindakan segera diambil oleh pihak berkuasa walaupun hampir dua jam selepas kejadian.

eliau berharap DBKL bertindak segera untuk memastikan perniagaan di Jalan TAR lebih selamat serta mencadangkan penyediaan khemah yang lebih kukuh dan pemasangan yang selamat bagi mengelakkan kejadian berulang.

image is not available

@zainonjohan

11 ramadhan 2025: Tragedi bazaar jalan TAR menangis. Kaedah back to back yang digunakan menjadi faktor perkara sebegini terjadi, dimana hati nurani @Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tidak menurun kan tangan untuk membantu sekadar mendiamkan diri. Suara peniaga langsung tidak dihiraukan pantaskah? DBKL KENA BERTANGGUNGJAWAB DI ATAS SEMUA KERUGIAN YANG DI ALAMI OLEH PENIAGA @Dr Zaliha Mustafa #fyp #dbkl

♬ suara asli – シ – シ

Dalam perkembangan lain, pihak DBKL dengan pantasnya telah melaksanakan kerja-kerja penggantian kanopi yang rosak akibat bencana alam itu.

DBKL berkata, ia akan melakukan pemantauan dan penambahbaikan bagi mengendalikan situasi seumpama ini, terutama dalam keadaan cuaca yang tidak menentu.

image is not available

Tambahnya, DBKL menghargai kesabaran dan kerjasama peniaga serta pengunjung dan akan terus berusaha memastikan keselamatan serta keselesaan di bazar ini terjamin.