Peniaga Bazar Pulau Pinang Terima Manfaat Skim Barakat

LocalBusiness & Finance
5 Mar 2026 • 2:38 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Peniaga Bazar Pulau Pinang Terima Manfaat Skim Barakat

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melalui agensinya, TEKUN Nasional terus memperkukuh sokongan terhadap usahawan mikro di Pulau Pinang menerusi Skim Biaya Ramadan Perniagaan Rakyat (BARAKAT).

Skim ini merupakan inisiatif pembiayaan yang dirangka khusus untuk membantu peniaga kecil memanfaatkan peluang perniagaan sepanjang bulan Ramadan dan musim perayaan.

image is not available

YB Menteri KUSKOP, Encik Steven Sim Chee Keong, telah hadir ke Uptown Bandar Perda baru-baru ini bagi bertemu dan menyantuni para penerima pembiayaan Skim BARAKAT selain meninjau sendiri perkembangan perniagaan di kawasan tersebut.

Sehingga 4 Mac 2026, prestasi penyaluran dana di bawah Skim BARAKAT di Pulau Pinang menunjukkan perkembangan yang positif dan memberangsangkan.

image is not available

Sebanyak 357 permohonan telah diterima daripada peniaga di negeri ini, dengan jumlah kelulusan setakat ini hampir mencecah RM2.5 juta, mencerminkan permintaan tinggi dalam kalangan peniaga bazar serta perniagaan kecil.

Dalam lawatan tersebut, beliau turut menyerahkan cek cura kepada tiga peniaga sebagai simbolik penyaluran pembiayaan Skim BARAKAT.

Antara penerima ialah Mohd Rahim Ibrahim, yang telah menjalankan perniagaan pakaian jeans selama 11 tahun.

image is not available

Beliau memperoleh pembiayaan RM30,000 yang akan digunakan untuk memperkukuh bekalan stok sempena musim perayaan.

Seorang lagi penerima, Mohamad Afif bin Mohamad Salim, telah mengusahakan perniagaan pakaian selama 6 tahun.

Beliau menerima pembiayaan RM30,000 bagi menambah stok pakaian untuk memenuhi peningkatan permintaan sepanjang Ramadan.

image is not available

Sementara itu, Moktar bin Daud, yang telah mengendalikan perniagaan cermin mata selama 20 tahun, turut menerima pembiayaan RM30,000.

Dana tersebut akan dimanfaatkan untuk menambah stok dan memenuhi permintaan pelanggan menjelang Syawal.

YB Steven Sim memberikan jaminan bahawa KUSKOP dan TEKUN Nasional akan memastikan proses birokrasi diminimumkan.

image is not available

Penyaluran dana akan dipercepatkan untuk memastikan mereka dapat memanfaatkan peluang perniagaan sepanjang bulan Ramadan dan Syawal yang bakal tiba.

Di bawah Skim BARAKAT, pembiayaan sehingga RM30,000 ditawarkan dengan kadar keuntungan 3% setahun dan tempoh pembiayaan sehingga 12 bulan.

Pemohon dikecualikan daripada simpanan, namun caruman PERKESO adalah diwajibkan.

image is not available

Permohonan bagi skim ini akan dibuka sehingga 15 Mac 2026. Peniaga yang memerlukan diseru supaya merebut peluang ini dan memohon sebelum tarikh tutup.

Skim ini terbuka kepada Bumiputera dan Warganegara Malaysia berumur antara 8 hingga 65 tahun.

Usahawan TEKUN sedia ada juga layak memohon tertakluk kepada syarat jumlah keseluruhan pembiayaan tidak melebihi RM100,000.

image is not available

Pelaksanaan Skim BARAKAT mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan dalam memperkasa dan membantu usahawan mikro menjana pendapatan serta memanfaatkan peluang perniagaan di sepanjang bulan Ramadan dan musim perayaan.

KUSKOP dan TEKUN Nasional akan terus komited dalam membantu usahawan mikro dalam menyediakan pembiayaan serta pembangunan usahawan.