Peniaga bazar Ramadan Sabah diingatkan tidak naik harga sewenangnya

17 Mar 2023 • 12:13 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

KOTA KINABALU: Peniaga bazar Ramadan di Sabah diingatkan supaya tidak menaikkan harga juadah makanan dengan sewenang-wenangnya sempena Ramadan, kata Timbalan Ketua Menteri Sabah III Datuk Shahelmey Yahya.

Beliau berkata peniaga juga diingatkan untuk sentiasa menjaga kualiti makanan yang dijual kepada orang ramai agar sentiasa dalam keadaan bersih dan selamat untuk dimakan.

“Dengan adanya bazar Ramadan ini para pengguna juga diingatkan agar berbelanjalah dengan bijak dan menjaga keselamatan semasa berkunjung ke bazar nanti dan kepada peniaga, harga juadah perlulah berpatutan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sempena majlis pelancaran Jelajah Ramadan RTM di Kompleks Kementerian Komunikasi dan Digital yang turut dihadiri Pengarah Program Radio Nor’ain Bakir di sini hari ini.