Peniaga Cedera Di Dada Dan Lengan Selepas Ditembak – Polis

25 Aug 2022 • 8:44 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

KUALA LUMPUR, 25 Ogos (Bernama) — Seorang lelaki warga tempatan cedera di dada dan lengan selepas ditembak dalam kejadian di Kota Damansara, Petaling Jaya di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata dalam kejadian pada 8.40 malam itu, mangsa seorang peniaga berusia lingkungan 40-an berjaya melarikan diri dan mendapatkan bantuan dari pengawal keselamatan di kawasan perumahan berhampiran.

“Mangsa yang sedang menunggang sebuah motosikal telah terbabas ke tepi jalan akibat ditembak oleh suspek yang tidak dikenali,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohamad Fakhrudin berkata mangsa dibawa ke hospital berhampiran oleh keluarganya bagi menerima rawatan.

“Motif kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh,” katanya.

— BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved