Peniaga Di Sri Petaling Guna Batang Mop Campurkan Kaki Ayam Untuk Mi Wantan

LocalFood
30 Oct 2024 • 2:36 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tular di aplikasi X memaparkan seorang peniaga mi wantan di Sri Petaling sedang mencampurkan kaki ayam untuk mi wantan menggunakan batang mop.

Menerusi video yang berdurasi selama 21 saat itu, kelihatan seorang lelaki sedang mengacau kaki ayam yang berada di dalam periuk menggunakan batang mop dan batang mop tersebut diletakkan di atas lantai.

Video tersebut telah meraih perhatian warganet atas faktor kebersihan yang tidak dijaga.

Susulan kejadian itu, pihak pengurusan gerai itu telah mengambil tindakan untuk menggantung sementara operasi untuk siasatan dan berjanji untuk meningkatkan tahap kebersihan restoran itu ke tahap yang lebih baik.

Kami akan berusaha untuk memastikan semua operasi memenuhi jangkaan pelanggan sebelum menyambung semula perkhidmatan.

Pihak pengurusan gerai itu juga berjanji untuk memaklumkan perkembangan terkini mengenai siasatan yang dijalankan terhadap peniaga itu.

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

image is not available 2 days ago

Upin Ipin 'Mendunia'! Pelajar Sekolah Korea Selatan Dah Hafal 'Tagline Dua Singgit' Watak Mael