
Kota Kinabalu: Seorang peniaga berusia 51 tahun didakwa meliwat seorang remaja lelaki, tahun lalu.
Tay Chee Leong mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan, terhadap pertuduhan yang dihadapinya pada Isnin.
Tay didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap budak lelaki berusia 14 tahun dan enam bulan itu dengan memasukkan alat sulitnya ke dalam dubur kanak-kanak berkenaan.
Kesalahan itu didakwa berlaku pada malam 11 Nov 2023 di sebuah hotel di Papar.
SPONSORED CONTENT Sinyi Group Founder, Chou Chun-Chi, Wins 2024 Asia Pacific Enterprise Award and Expands Sustainable Tourism Ventures in Sabah, Malaysia Kota Kinabalu: The 2024 Asia Pacific Enterprise Awards, hosted by Enterprise Asia, aims to recognize the most outstanding business leaders and organizations in the Asia-Pacific region. Read more Kesalahan di bawah Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan 9 Okt dan membebaskan Tay dengan ikat jamin RM3,000 serta seorang penjamin tempatan dan melaporkan diri di balai polis berhampiran sebulan sekali.
Tay juga diberi amaran supaya tidak mengganggu saksi pihak pendakwaan.
Terdahulu, peguam Hannan Razaini yang mewakili Tay, meminta ikat jamin lebih rendah dengan mengatakan Tay sudah membayar RM10,000 untuk satu lagi pertuduhan.
Timbalan Pendakwa Raya Nurul Shafeerah Mad Iskim melakukan pendakwaan.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

