Peniaga didenda RM1,800 guna sijil nikah palsu daftar kelahiran

15 Nov 2023 • 7:40 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Khairul Anuar (dua dari kanan) didakwa di Mahkamah Majistret Jerantut atas pertuduhan mengemukakan sijil nikah yang mengandungi maklumat palsu semasa pendaftaran kelahiran anaknya. - Foto JPN Pahang

JERANTUT - Seorang peniaga dikenakan hukuman denda RM1,800 oleh Mahkamah Majistret Jerantut atas pertuduhan mengemukakan sijil nikah yang mengandungi maklumat palsu semasa pendaftaran kelahiran anaknya.

Majistret Mohamed Shah Reza Noor Azman memerintah hukuman tersebut selepas tertuduh, Khairul Anwar Zaini, 42, mengaku bersalah atas pertuduhan terbabit.

Mahkamah juga memerintahkan hukuman penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda.

Khairul Anwar didakwa mengemukakan sijil pernikahan dengan menyedari ia mengandungi apa-apa butiran palsu semasa membuat pendaftaran kelahiran anaknya.

Dia didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 36(b) Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (AKTA 299).

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Pahang, Mat Razali Shamsuddin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sehubungan itu, JPN menyeru orang ramai agar memberikan kerjasama dengan pihak berkuasa dalam penyaluran maklumat agar setiap isu penyelewengan dapat dikesan.

Jabatan turut berharap agar setiap kesalahan dilakukan dapat diambil tindakan penguatkuasaan dan menjadi teladan kepada masyarakat.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved