Peniaga didenda RM10,000

14 Feb 2024 • 2:12 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Seorang peniaga berusia 49 tahun didenda berjumlah RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen atas tiga pertuduhan menjual racun berjadual secara haram, produk tidak berdaftar dan kosmetik tanpa notifikasi, tiga tahun lalu.

Pailin Anak mengaku bersalah di hadapan Hakim Noor Hafizah Mohd Salim melakukan kesalahan itu di Pailin Beauty, Jalan Padas di Beaufort pukul 11 pagi pada 6 Mei, 2021.

Pailin diperintahkan membayar denda RM3,000 atau 30 hari penjara bagi pertuduhan pertama kerana menjual 34 jenis produk mengandungi racun berjadual tanpa lesen sah.

Pertuduhan menyatakan produk itu, antara lain, mengandungi cyproheptadine, hydroquinone, nikotin, tadalafil dan lignocaine, yang kesemuanya disenaraikan dalam Jadual Pertama Akta Racun 1952.

SPONSORED CONTENT Mengalum for world’s first net ­zero carbon island resort Taiwan’s Sinyi Group is on track to unveil the world’s first unique net zero carbon island resort on Mengalum Island. . Read more Bagi pertuduhan kedua, Pailin didenda RM4,000 atau 30 hari penjara kerana menjual 19 produk tidak berdaftar, manakala untuk pertuduhan ketiga, dia didenda lagi RM3,000 atau 30 hari penjara kerana menjual enam jenis kosmetik tanpa notifikasi.

Pegawai pendakwa dari Jabatan Farmasi, Abu Suffian A. Rahman dan Muhamed Aiman Russli memohon hukuman pencegahan kerana Pailin mempunyai tiga rekod sabitan di mana dia melakukan kesalahan pertuduhan kedua dan ketiga buat kali keempat.

Pendakwaan berhujah bahawa beberapa produk yang dirampas dalam pertuduhan pertama adalah perangsang seks yang disahkan mengandungi racun berjadual tadalafil.

Kesan penyalahgunaan perangsang seks mempunyai risiko jangka panjang yang boleh menyebabkan kerosakan hati dan buah pinggang dan dalam keadaan serius, gangguan kepada fungsi jantung boleh berlaku dan juga boleh menyebabkan kematian mengejut, mahkamah diberitahu.

Produk yang mengandungi racun itu dijual di kedai runcit oleh individu yang tidak mempunyai pengetahuan dalam bidang perubatan boleh mendatangkan bahaya dan memudaratkan kesihatan pengguna kerana penggunaan racun perlu diawasi oleh individu berpengetahuan dalam bidang terbabit, kata pendakwaan.

Asal-usul produk dan kosmetik untuk pertuduhan kedua dan ketiga juga meragukan dan kebanyakan produk tidak berdaftar terdiri daripada produk tradisional dan persepsi umum bahawa produk tradisional bebas daripada kesan sampingan perlu diubah, tambah pendakwaan.

Tidak diwakili, Pailin memohon denda lebih rendah dengan mengatakan bahawa suaminya baru sahaja meninggal dunia dan dia menanggung banyak hutang.

Pertuduhan pertama didakwa di bawah Seksyen 13(b) Akta Racun 1952 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM3,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.