Peniaga dijel, denda RM2,000 curi kopi sorok dalam seluar

29 Jul 2026 • 3:11 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Peniaga dijel, denda RM2,000 curi kopi sorok dalam seluar

MELAKA – Seorang peniaga pasar malam dipenjara sehari dan didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini selepas mengaku bersalah mencuri pek kopi jenama terkenal bernilai RM105.70 dari sebuah kedai serbaneka di Taman Cheng Indah, awal bulan ini.

Majistret Sharda Shienha Mohd. Sulaiman menjatuhkan hukuman itu terhadap Nazarudin Ahmad, 36, selepas tertuduh membuat pengakuan tersebut sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, Nazarudin didakwa mencuri tujuh bungkus kopi di premis 7-Eleven Taman Cheng Indah, Melaka Tengah pada pukul 8.21 malam, 7 Julai lalu.

Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Berdasarkan fakta kes, pemeriksaan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) kedai serbaneka terbabit tertuduh memasukkan tujuh pek kopi tersebut ke dalam seluarnya sebelum menutupnya dengan baju dan keluar dari premis tanpa membuat sebarang bayaran di kaunter. – KOSMO! ONLINE

The post Peniaga dijel, denda RM2,000 curi kopi sorok dalam seluar appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved