Peniaga dikhuatiri lemas jatuh jambatan Sultan Ismail Petra

15 Jan 2024 • 11:09 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Kereta dipercayai milik mangsa ditemui di kawasan kejadian di Jambatan Sultan Ismail Petra, Kota Bharu pada Isnin.

image is not available
Selain anggota PPDA Pengkalan Kubor dan Pengkalan Chepa, Khidmat Unit Anjing Pengesan (K9) dan bot Balai Bomba Wakaf Bharu turut bergegas ke lokasi kejadian.

image is not available
Sejurus menerima panggilan kecemasan, seramai 18 orang anggota termasuk tujuh anggota PPDA bergegas ke lokasi kejadian.

KOTA BHARU - Seorang peniaga dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari Jambatan Sultan Ismail Petra ke dalam Sungai Kelantan di sini pada Isnin.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Bomba Malaysia (JBPM) Kelantan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian terbabit pada jam 7.48 malam dan mangsa dikenali sebagai Norhisyam Ismail berusia 43 tahun.

"Sejurus menerima panggilan kecemasan, seramai 18 orang anggota termasuk tujuh anggota PPDA (Pasukan Penyelamat Di Air) bergegas ke lokasi kejadian," katanya.

Menurutnya, selain anggota PPDA Pengkalan Kubor dan Pengkalan Chepa, Khidmat Unit Anjing Pengesan (K9) dan bot Balai Bomba Wakaf Bharu turut bergegas ke lokasi kejadian.