Peniaga gaduh, enam individu dirakam keterangan

3 Jan 2024 • 12:45 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tular video di media sosial memaparkan insiden pergaduhan melibatkan peniaga gerai berdekatan Kompleks Sukan Pandamaran dekat sini pada Isnin.

KLANG - Enam individu dirakam keterangan berkaitan kes pergaduhan melibatkan peniaga gerai berdekatan Kompleks Sukan Pandamaran, di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 7.30 petang ketika individu terlibat sedang membuka gerai untuk berniaga di lokasi berkenaan.

"Siasatan mendapati berlaku pertengkaran mulut mula apabila salah seorang peniaga mendakwa barangan peniaga di sebelahnya diletak sehingga menghalang laluan.

"Individu berkenaan menegur tindakan tersebut sebelum berlakunya pertengkaran sehingga membawa kepada insiden tolak menolak antara mereka," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Katanya, pergaduhan bagaimanapun dileraikan beberapa individu yang berada berdekatan.

"Siasatan mendapati kesemua individu terlibat merupakan ahli keluarga dan kejadian bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kecederaan," katanya.

Menurutnya, satu video dipercayai berkaitan kejadian juga telah dikesan tular di media sosial, dan pihaknya berharap penyebaran video berkenaan dapat segera dihentikan untuk mengelakkan sebarang kegusaran awam.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved