Peniaga kecil nadi ekonomi rakyat, PM Anwar umum RM500,000 sokongan segera

LocalBusiness & Finance
22 Aug 2025 • 11:37 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan kerajaan komited membela peniaga kecil dalam arus pembangunan negara, dengan pengumuman peruntukan segera bernilai RM500,000 kepada Gabungan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia (GPPKMM).

Menurut beliau, dalam arus pembangunan negara, prasarana gerai, warung, dan restoran rakyat tidak boleh diketepikan.

“Kemudahan asas seperti kebersihan dan infrastruktur perlu sentiasa dipertingkat agar kekal relevan dan menjadi pilihan utama pengguna,” kata beliau menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

image is not available

Kredit Foto: Sadiq Asyraf | Pejabat Perdana Menteri

image is not available

Kredit Foto: Sadiq Asyraf | Pejabat Perdana Menteri

image is not available

Kredit Foto: Sadiq Asyraf | Pejabat Perdana Menteri

image is not available

Kredit Foto: Sadiq Asyraf | Pejabat Perdana Menteri

PM Anwar umum RM500,000 sokongan segera

Beliau berkata, dana RM500,000 ini disalurkan terus kepada gabungan bagi memastikan kelangsungan operasi, program, dan aktiviti persatuan tanpa gangguan, sementara menunggu pembentangan Belanjawan akan datang.

“Peniaga kecil adalah nadi ekonomi rakyat dan Insya-Allah Kerajaan MADANI akan terus membela dan memperkukuh kedudukan mereka demi masa depan yang lebih baik,” tegasnya.
image is not available

Kredit Foto: Sadiq Asyraf | Pejabat Perdana Menteri

image is not available

Kredit Foto: Sadiq Asyraf | Pejabat Perdana Menteri

Menurutnya, langkah ini dilihat sebagai pengukuhan sokongan kerajaan terhadap golongan peniaga kecil yang menjadi tunjang ekonomi rakyat, sejajar dengan aspirasi kerajaan untuk pembangunan inklusif yang tidak meninggalkan mana-mana lapisan masyarakat.

Sumber: FB Anwar Ibrahim