Peniaga Koyak Dengan Review TikToker, Siap Letak "Bahan Istimewa" Dalam Hidangan

18 May 2023 • 3:05 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Platform media sosial khusunya TikTok semakin mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia. Tanpa sedar dah berjam-jam kita scroll TikTok tanpa henti. Pelbagai jenis kandungan yang ada. Antara yang sering dilihat pengguna sudah tentunya review makanan.

Antara 'Food Reviewer' yang terkenal dan sering menjadi pilihan pengguna sudah tentu @syafiqrx90. Beliau baru sahaja berkongsi satu video review tentang satu kedai yang terkenal menyediakan makanan barat dengan kuantiti yang banyak!

Ramai yang bersetuju dengan review beliau. Namun, tuan punya kedai tidak bersetuju dengan review yang telah dibuat. Lebih mengejutkan, dia bertindak membidas dan memerli TikToker tersebut.

Tidak cukup dengan itu, setiap teguran yang dikongsikan netizen di Facebook rasmi kedai tersebut dibuang dan diblock. Tindakan tuan kedai sememangnya membuatkan netizen berasa marah. Netizen berpendapat sepatutnya setiap teguran yang diberi dijadikan input untuk penambah baikan.