Peniaga maafkan lelaki buat kacau di gerai perniagaan

8 Jul 2025 • 8:59 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Kejadian seorang lelaki membuat kacau di sebuah gerai telah tular di media sosial.

GEORGE TOWN - Polis mengesahkan telah menerima satu laporan berhubung kejadian seorang lelaki tempatan yang bertindak membuat kacau di sebuah gerai makanan di New Lane di sini.

Kejadian tersebut tular di media sosial menerusi sebuah video baru-baru ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintenden Lee Swee Sake berkata, laporan itu diterima pada 6 Julai lalu daripada seorang lelaki tempatan berusia 29 tahun yang merupakan anak kepada pemilik gerai terbabit.

“Kejadian berlaku pada 5 Julai kira-kira jam 7 malam ketika lelaki tersebut dan keluarganya sedang berniaga makanan di gerai berkenaan.

“Mereka telah diganggu oleh seorang lelaki tempatan yang bertindak agresif,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Tambah Swee Sake, siasatan polis bagaimanapun mendapati kes tersebut telah diklasifikasikan sebagai Tiada Tindakan Lanjut (TTL) selepas suspek tampil memohon maaf kepada lelaki berkenaan dan keluarganya.

“Lelaki tersebut memaklumkan tidak mahu meneruskan kes memandangkan tiada sebarang kecederaan atau kerugian dialami oleh mereka.

"Dia juga telah memaafkan suspek,” katanya lagi.

Beliau menambah, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan atau menjejaskan keharmonian awam.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved