Peniaga Makanan Tapi Laman Kotor! Netizen Jijik Tengok Gambar Periuk Belanga, ‘Tupperware’ Bersepah

31 Jan 2023 • 2:53 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Perkongsian seorang wanita baru-baru ini menimbulkan rasa mual dan jijik selain membuatkan ramai netizen mempersoalkan tentang kebersihan peniaga.

Menerusi ciapan daripada Alice Azuria, dia menceritakan situasi ketika joging dan terjumpa sebuah rumah dengan kawasan laman yang begitu bersepah.

Apa yang membuatkan ramai terkejut adalah apabila Alice berkata pemilik rumah terbabit merupakan seorang peniaga gerai makanan.

Boleh ke daripada sisi undang-undang…masak dan beri makan orang awam dengan tempat kotor macam ni?”

Berdasarkan gambar dimuat naik, boleh dilihat bekas makanan, periuk belanga dan barangan lain berterabur di kawasan laman malah ia kelihatan seperti tempat pelupusan sampah.

Alice bagaimanapun tidak mendedahkan lokasi rumah tersebut kerana tidak mahu mengaibkan tuan rumah dan tujuannya menularkannya kerana isu kebersihan rumah itu sudah berlarutan dalam tempoh yang agak lama.

Selepas dua hari, Alice dimaklumkan bahawa tuan rumah sedang mengemas kawasan laman mereka kerana hal tersebut sudah kecoh dibincangkan dalam grup taman perumahan.

Rata-rata netizen yang membaca tweet itu geli melihat keadaan rumah tersebut malah ada yang mendakwa ramai pengusaha makanan yang tidak ambil berat tentang kebersihan.

Beberapa individu mencadangkan agar Alice membuat laporan terhadap pihak berkuasa tempatan agar tindakan sewajarnya diambil terhadap peniaga tersebut.

image is not available 4 minggu lalu

"Pengotor, Sombong!" - Kecewa Singgah Gerai Roti Canai 'Popular' Di Pulau Pinang, Lelaki Hairan Orang Ramai Makan