Peniaga naikkan harga tak wajar lepas SST? Fahmi minta rakyat buat aduan

LocalPolitics
2 Jul 2025 • 7:34 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Susulan peluasan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang bermula 1 Julai 2025, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menggesa orang ramai supaya segera membuat aduan jika mendapati ada peniaga naikkan harga secara tidak munasabah.

image is not available

sekadar gambar hiasan

Rakyat diminta buat aduan jika ada peniaga naikkan harga sesuka hati

Menerusi sidang media pasca mesyuarat Jemaah Menteri hari ini, Fahmi menyatakan perkara tersebut asalah usaha pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) untuk memastikan tiada aktiviti percatutan berlaku susulan peluasan skop SST.

“Ia adalah usaha pihak KPDN untuk memastikan tidak berlaku aktiviti pencatutan akibat daripada peluasan skop SST dan orang ramai diingatkan untuk membuat aduan jika ada mana-mana premis perniagaan menaikkan harga pada kadar yang tidak berpatutan,” katanya.

image is not available

Op Kesan 4.0 dilancarkan untuk pantau jika ada peniaga naikkan harga tidak wajar

Tambah beliau, Op Kesan 4.0 telah dilancarkan bagi memastikan pemantauan harga lebih ketat dapat dijalankan dan tindakan sewajarnya diambil terhadap peniaga yang cuba mengambil kesempatan.

image is not available

Peluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) ini tidak melibatkan barangan keperluan harian rakyat, sama ada yang dihasilkan dalam negara atau diimport.

Bermula 1 Julai 2025, setiap bank di Malaysia akan mengenakan cukai sebanyak lapan peratus (8%) bagi perkhidmatan-perkhidmatan tertentu.

Sumber: Facebook Fahmi Fadzil