Peniaga Nasi Lemak Tak Puas Hati Kena Maki Gara-Gara Kira Harga Telur Dan Ikan Bilis Asing

LocalFood
4 Aug 2025 • 3:25 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia nasi Lemak

Tular di Facebook satu perkongsian daripada Penang Kini memaparkan luahan seorang peniaga nasi lemak dari Balik Pulau, Pulau Pinang.

Peniaga tersebut mendakwa dirinya dimaki seorang pelanggan lelaki yang tak berpuas hati dengan cara kiraan nasi lemak.

“Bukan dah bubuh segala mak nenek, nak bayar hang dok pura-pura terkejut”

image is not available

Difahamkan, ikan bilis dan telur dikira dengan harga berasingan mengikut kehendak pelanggan. Kalau pelanggan nak telur, baru ada dan dikira harga asing!

Menurut perkongsian itu, pelanggan dikatakan bersikap kasar terhadap seorang pembantu wanita di gerai berkenaan.

Peniaga itu turut menjelaskan sudah dua tahun berniaga di lokasi sama, tetapi ini kali pertama pelanggan ‘complaint’.

“Hang tak tanya harga, tapi suka hati maki orang!”

image is not available

Katanya, rata-rata pelanggan sudah sedia maklum bahawa lauk seperti bilis dan telur memang akan dikira asing, bukan dijual satu set.

Pelanggan itu dikatakan mengherdik dengan perkataan kesat walaupun dah diberi penerangan jelas mengenai harga.

Peniaga berkenaan kesal dirinya dan staf dilayan seperti tidak bermaruah hanya kerana isu kecil yang boleh diselesaikan dengan bertanya elok-elok.

Pssttt! Zaman sekarang ni nasi lemak pun kena add on telur dan ikan bilis! Apa pendapat korang?

Kredit: Facebook Penang Kini
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.