"Peniaga Paling Berani!" - Gelagat Peniaga Roti Menjual Masa Roadblock Buat Netizen Terhibur

27 Jan 2023 • 5:08 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

Rezeki ada di mana-mana. Itu ungkapan yang sering digunakan sebagai pembakar semangat dan terus cekal berusaha dalam mencari rezeki baik untuk keluarga, insan tersayang dan juga diri sendiri.

Aksi seorang peniaga roti ini, benar-benar menunjukkan yang dia percaya dengan ungkapan tersebut.

@amirulainul4788

Semasa ditahan jpj untuk pemeriksaan,didapati roadtax motor mamak roti tersebut berada didalam box menyimpan roti ,alang2 menyeluk pekasam terus order roti benggali kaya pelanta

♬ original sound - Amirul ainul

Berdasarkan video yang dikongsi @amirulainul4788, menunjukkan bertapa gigih dan beraninya seorang peniaga roti motosikal tersebut yang menjual ketika satu sekatan jalan raya oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang berlaku. Tidak lokek dengan senyuman, peniaga tersebut kelihatan gembira apabila Amirul membeli roti darinya.

View Original Article