Peniaga pasar malam jadi jutawan selepas menang RM1 juta cabutan BSN SPP

LocalBusiness & Finance
26 Oct 2024 • 4:36 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Seorang peniaga Pasar Malam Serian, Mohamad Hasta Karim, 42, terkejut apabila dinobatkan sebagai jutawan Bank Simpanan Nasional (BSN) ke-104, setelah memenangi cabutan Bonanza Sijil Simpanan Premium (SSP) September lalu.

Beliau menerima wang kemenangan RM1 juta dan walaupun pada awalnya tidak percaya dengan berita tersebut yang disampaikan oleh rakan-rakannya. Namun, selepas menerima panggilan daripada pegawai BSN, beliau akhirnya yakin dengan kemenangan itu.

“Semasa menerima panggilan itu, saya bimbang, takut scam. Sekarang barulah saya percaya,” katanya pada majlis penyerahan cek di Kuching.

Mohamad Hasta, bapa kepada tiga orang anak, sudah menyimpan di BSN selama lebih 10 tahun dan masih rasa sukar untuk percaya dirinya kini jutawan ke-104 BSN serta pemenang keenam dari Sarawak yang menang RM1 juta.

Beliau merancang untuk menggunakan wang kemenangan tersebut bagi membawa isteri dan anak-anak menunaikan umrah serta mengembangkan perniagaannya.

Selain itu, Mohamad Hasta menggalakkan anak muda untuk menyimpan di BSN kerana selain menyimpan untuk masa depan dan kegunaan kecemasan, mereka juga berpeluang memenangi hadiah menarik.

Sumber: Harian Metro