Peniaga rugi RM720,800 terperdaya sindiket pelaburan saham dalam talian

LocalBusiness & Finance
17 May 2025 • 11:37 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

JOHOR BAHRU, 17 MEI: Peniaga kerugian RM720,800 akibat terperdaya dengan sindiket pelaburan saham dalam talian 25 Mac lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Victor Genason berkata lelaki berusia 58 tahun itu melihat iklan di laman Facebook yang menawarkan pelaburan dengan menjanjikan keuntungan 50 peratus dalam tempoh tiga bulan.

Beliau berkata tertarik dengan iklan itu, mangsa kemudian melakukan 15 transaksi ke empat akaun berbeza dengan jumlah keseluruhan RM730,500 dari 25 Mac hingga 9 Mei lalu.

“Mangsa kemudian diminta membuat bayaran tambahan bagi mengeluarkan hasil keuntungan pelaburannya.

“Bagaimanapun, lelaki itu menyedari dia ditipu apabila usaha untuk mendapatkan semula wang pelaburan gagal dan hanya mendapat pulangan RM9,700,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Victor berkata siasatan awal mendapati tiga daripada empat akaun terlibat mempunyai 20 rekod laporan polis membabitkan kes penipuan pelaburan.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dengan sebat dan boleh dikenakan denda, jika disabit kesalahan.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved