Peniaga sate pandai ambil ‘kesempatan’ buat promosi, ‘banner’ guna nama parti politik

16 Nov 2022 • 8:07 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

STRATEGI pemasaran mewakili tujuan dan usaha untuk mencapai objektif perniagaan. Peniaga yang hebat dalam pemasaran adalah peniaga yang dapat menghasilkan penceritaan mengenai jenama mereka.

Baru-baru ini tular sekeping gambar apabila seorang peniaga sate membuat ‘banner’ yang menyenaraikan semua nama parti politik. Ayat-ayat disusun cantik dan kemas dengan perenggan bagi memudahkan untuk dilihat dan dibaca.

image is not available

 

Ternyata peniaga sate ini bijak mengambil kesempatan sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang menghitung detik untuk dilaksanakan. Banting tersebut dipacakkan di hadapan kedai.

Warga maya rata-rata tertarik dengan setiap ayat yang ditulis. Setiap ayat akan dimasukkan nama parti politik serta warna logo parti. Pada mulanya ‘banner’ itu seolah-olah kelihatan seperti ‘banner’ manifesto apabila dilihat dari jauh.

Namun apabila diteliti pada jarak dekat, rupa-rupanya ia tersebut sekadar pemasaran sebuah kedai sate.

Ramai warga maya memuji peniaga kedai itu yang kreatif menjadikan musim pilihan raya sebagai medium strategi pemasaran.

image is not available

Berikutan tularnya hantaran itu yang meraih sehingga 3,779 retweets, 104 quote tweets dan 7,952 tanda suka di Twitter.

Rata-rata warga maya turut memuji idea ‘di luar kotak’ peniaga sate tersebut. Berikut dikongsikan antara komen menarik daripada warga maya di Twitter. Ujar mereka:

– “Garapan peniaga sate.”

– “Bagus, hebat! Kreatif!”

– “Pemasaran yang terbaik.”

– “Dia bijak.”

– “9 dalam 1.”

– “Idea yang bagus.”

Oleh: Norhasliza Mohd Shafi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

View Original Article