Peniaga tidak mengaku salah, buat hantaran komunikasi jelik

LocalPolitics
7 Apr 2026 • 2:25 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Sorang peniaga didakwa di Mahkamah Sesyen, di Sepang, hari ini, atas pertuduhan membuat dan memulakan hantaran komunikasi jelik menerusi media sosial, dua tahun lepas.

Tertuduh, Sanuzi Kernain, 42, selaku Orang Kena Saman (OKS) bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berkenaan.

Pengakuan itu dibuat di hadapan Hakim Ahmad Fuad Othman.

Mengikut kertas pertuduhan, Sanuzi didakwa membuat dan memulakan hantaran komunikasi dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain di Instagram menerusi akaun “boss.s_k” pada 13 Nov 2024.

Hantaran itu kemudian dilihat di Menara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) 1, Cyberjaya pada 5.15 pagi, 21 Feb 2025.

Sanuzi didakwa di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta yang sama.

Sabit kesalahan, tertuduh berdepan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya dan dikenakan denda selanjutnya sebanyak RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.

Pegawai pendakwa MCMC Nazrul Nizam Mohd Zameri mencadangkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun peguam Badrul Mushani Mustapa Albakari yang mewakili OKS merayu anak guamnya diberi jaminan rendah kerana bekerja sendiri dan merancang memulakan perniagaan baharu secara kecil-kecilan dalam masa terdekat.

Mahkamah membenarkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan semula kes pada 5 Mei. - 7 April, 2026

The post Peniaga tidak mengaku salah, buat hantaran komunikasi jelik appeared first on Scoop.