Peniaga wanita aibkan anggota polis diberi DNAA

20 May 2023 • 12:50 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Seorang ahli perniagaan wanita yang didakwa mengaibkan kehormatan seorang anggota polis di sekatan jalan raya dua tahun lalu, dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA) daripada pertuduhan itu.

Majistret Stephanie Sherron Abbie memberikan DNAA kepada Nur Jawaheer Ismail, 36, selepas saksi gagal hadir di mahkamah.

Nur Jawaheer didakwa melakukan kesalahan itu pada 5.30 petang 1 Jun 2021 di sekatan jalan raya di Jalan Kepayan, di sini.

Dia didakwa mengaibkan kehormatan Koperal Maslin Samih dengan berkata: “Nasib kau ni lelaki, kalau kau perempuan sudah lama aku kasi telanjang kau, aku rungkup kau.”

SPONSORED CONTENT Firefly’s inaugural flight to Sandakan SANDAKAN: Firefly, the low-cost carrier subsidiary of Malaysia Airlines; made its inaugural flight from Kota Kinabalu to Sandakan on Tuesday. Read more Pertuduhan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Dk Afiqah Alya, bersama DPP Nurul Shafeera, manakala Nur Jawaheer diwakili peguam Luke Ressa Balang.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.