Peniaga wanita dibunuh ketika COD, barang kemas lesap

LocalPolitics
14 Feb 2025 • 3:19 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Seorang peniaga makanan wanita ditemui mati di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur, Kuantan, dipercayai dibunuh ketika menghantar pesanan makanan kepada pelanggan.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, pihaknya menerima laporan mengenai penemuan mayat itu pada jam 12.45 tengah hari semalam.

“Siasatan awal mendapati terdapat unsur jenayah pada tubuh mangsa yang berusia 37 tahun dan merupakan seorang peniaga makanan di daerah ini,” katanya.

Menurut saksi, mangsa dikatakan keluar pada malam sebelumnya, sekitar jam 7.30 malam, untuk menghantar pesanan makanan secara COD.

Sementara itu, Ketua Polis Pahang, Yahaya Othman, berkata suspek utama, seorang lelaki berusia 37 tahun, telah dikenal pasti dan dipercayai membuat pesanan makanan daripada mangsa sebelum bertindak membunuhnya.

“Suspek bukan berasal dari Pahang tetapi menetap di Kuantan. Pemeriksaan awal mendapati barang kemas mangsa hilang, dan polis sedang menyiasat sama ada kejadian ini bermotifkan samun atau faktor lain,” katanya.

Tambahnya, suspek pernah membuat pesanan makanan daripada mangsa sebelum ini dan kemungkinan telah melihat mangsa memakai barang kemas ketika penghantaran.

Suspek juga mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan pelbagai kes.

Bedah siasat terhadap mayat mangsa telah dijalankan pagi tadi bagi mengenal pasti punca sebenar kematian. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved