Penindasan, kelaparan semakin meningkat di Korea Utara: PBB

18 Aug 2023 • 5:23 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

NEW YORK: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata rakyat Korea Utara kini semakin tertindas selain penjagaan kesihatan yang lemah, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

“Data PBB menunjukkan penindasan yang semakin meningkat terhadap hak kebebasan bersuara, privasi dan pergerakan, amalan buruh paksa yang berleluasa selain hak ekonomi dan sosial yang semakin buruk,” kata Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia, Volker Turk, pada Khamis. .

Sesiapa sahaja yang melihat kandungan asing yang tidak sehaluan dengan kepimpinan negara itu Kim Jong Un – terutama dokumen atau video dari Korea Selatan – boleh dipenjara, katanya pada Majlis Keselamatan PBB.

Mereka yang menyebarkan kandungan sedemikian juga boleh dihukum penjara seumur hidup atau dihukum mati.

Pada masa yang sama, Korea Utara memaksa rakyatnya bekerja sebagai buruh paksa termasuk kanak-kanak.

Kelemahan ekonomi negara yang mengutamakan aspek ketenteraan yang tinggi itu menyebabkan berlaku “kebuluran melampau serta kekurangan ubat-ubatan yang teruk”, katanya. -Bernama

View Original Article