Pening Cari Tema Baju Raya? Ini Top 5 Warna Pilihan Tahun 2023

12 Apr 2023 • 3:12 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
warna

Minggu depan dah nak raya Aidilfitri, mesti ramai di luar sana sibuk membuat persiapan , kan?

Selain biskut raya, baju raya pun penting juga tau. Iyalah, setahun sekali tampil sedondon dengan keluarga apa salahnya. Bagi yang pening nak pilih tema apa tu, jom usha antara warna yang hot tahun ni.

Top 5 tema warna raya 2023

1. Lavendar

image is not available

Lavendar merupakan warna utama pilihan ramai tahun 2023. Warna yang bersifat gender neutral ini sesuai digayakan sama ada lelaki atau wanita. Psst, dengar cerita ramai yang pakai warna ini tahun ini, betul kah?

2. Sundial Yellow

image is not available

Sundial yellow merupakan warna yang menggabungkan warna emas, coklat dan cream. Warna ini sangat sesuai buat mereka yang mempunyai tona kulit yang panas. Kalau pakai dengan tudung warna cream mesti cantik!

3. Luscious Red

image is not available

Luscious red merupakan tona warna yang paling terang bagi tahun 2023. Ia merupakan warna yang sesuai buat individu yang berpewatakan girang kerana mampu membuatkan si pemakai kelihatan penuh keseronokan.

4. Tranquil Blue

image is not available

Dengan gabungan warna tone aqua dan marine, Tranquil blue juga menjadi perhatian ramai pada tahun ini. Warna yang memberi rasa kedamaian dan tenang ini boleh dikatakan warna yang selamat untuk digayakan pada mana-mana majlis atau perayaan.

5. Verdigris

image is not available

Vendigris pula merupakan warna gabungan hijau tembaga bersama warna biru dan hijau. Warna ini mempunyai kesan neutral dan amat sesuai digayakan untuk si pemakai yang ingin mencuba kelainan. Ia juga sesuai digayakan buat tona kulit yang sejuk.

Jadi, mana satu pilihan hati korang? Cer komen!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media