
Pelakon dan pelawak veteran Sathiya, 62, kini berdepan kemungkinan menjalani pembedahan besar selepas doktor mengesahkan kaki kirinya mungkin perlu dipotong sekali lagi bagi mengelakkan jangkitan kuman merebak ke bahagian tubuh lain.
Situasi itu berlaku ketika Sathiya kini berada dalam keadaan tidak sedarkan diri di Hospital Ampang sejak awal pagi tadi, selepas dikejarkan ke hospital oleh keluarganya.
Risiko jangkitan buat doktor cadang pembedahan
Anak perempuannya, Amani memaklumkan pakar perubatan mendapati luka lama pada kaki kiri bapanya yang pernah dipotong sebelum ini sudah bernanah dan berisiko menyebabkan jangkitan lebih serius.
Menurutnya, doktor menjelaskan kaki tersebut mungkin perlu dipotong semula, namun kali ini di atas paras lutut bagi mengelakkan kuman merebak ke anggota badan lain.
Selain itu, kaki kanan Sathiya juga dilaporkan mengalami bengkak yang agak serius dan kini dalam pemantauan pakar ortopedik.
Baca juga:
Lagu Dayang Nurfaizah sentuh jiwa, ramai kongsi kisah kehilangan
Pening kepala, mata tiba-tiba kuning: Sathiya kini tidak sedarkan diri di hospital
Pelakon wanita, suami ditahan semula kes pelaburan jualan lembu
Simptom muncul sebelum keadaan merosot
Sebelum dikejarkan ke hospital, Sathiya dilaporkan mula menunjukkan beberapa simptom yang membimbangkan pada malam sebelumnya. Antaranya termasuk pening kepala, muntah-muntah serta perubahan pada mata yang kelihatan kekuningan.
“Keadaan kesihatan ayah merosot selepas mengadu pening kepala serta mengalami simptom mata menjadi kuning dan muntah-muntah sejak malam semalam. Kita cakap satu, dia respons satu,” kata Amani.
Menurutnya, keadaan itu menyebabkan keluarga segera membawa Sathiya ke hospital sekitar jam 1.30 pagi selepas beliau didapati tidak lagi mampu berkomunikasi dengan jelas.
Difahamkan, Sathiya kini ditempatkan di zon kuning Hospital Ampang sementara menunggu kekosongan wad serta pemantauan lanjut daripada pakar perubatan.
Sumber: Harian Metro
The post Pening kepala, mata tiba-tiba kuning: Sathiya kini tidak sedarkan diri di hospital appeared first on The Reporter.



