Pening Nak Beli Kipas Berapa Bilah? Ini Tip Pilih Kipas Yang Terbaik & Sesuai

Home & Living
9 Apr 2026 • 7:07 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Pening Nak Beli Kipas Berapa Bilah? Ini Tip Pilih Kipas Yang Terbaik & Sesuai

Apabila kita berpindah ke rumah baru, perasaan seronok dan bangga memang tidak dapat dinafikan.

Segala penat lelah selama ini akhirnya berbaloi, apatah lagi apabila kita sudah mula merancang susun atur, memilih warna cat yang sesuai serta melengkapkan rumah dengan perabot baharu supaya ruang kediaman tampak lebih kemas dan berseri.

Namun begitu, di sebalik keterujaan tersebut, ada juga perkara kecil yang sering membuatkan pemilik rumah menjadi sedikit dilema.

Salah satunya ialah dalam memilih kipas yang sesuai untuk setiap ruang.

Selain jenama, rupa, harga dan waranti, satu lagi ciri yang sering menjadi bahan perbandingan ketika memilih kipas ialah jumlah bilah yang digunakan.

Ramai tertanya-tanya, adakah kipas dengan 3 bilah lebih baik, atau 4 dan 5 bilah sebenarnya memberikan prestasi yang lebih baik?

Ini perbezaan kipas 3, 4 dan 5 bilah

Menerusi video yang dikongsikan oleh DR Elektrikal 924684x di Facebook, kipas yang mempunyai 3 bilah biasanya menghasilkan hembusan angin yang lebih kuat kerana bilahnya lebih sedikit dan ringan.

Oleh itu, motornya dapat berpusing dengan lebih laju. Namun begitu, tahap bunyi yang dihasilkan agak bising berbanding kipas dengan bilah yang lebih banyak.

Difahamkan, kipas jenis ini sesuai dipasang di ruang tamu, bengkel atau kedai.

image is not available

Manakala kipas yang memiliki 4 bilah pula lebih seimbang.

Hembusan anginnya masih kuat, namun bunyi “potongan angin” yang dihasilkan tidak sekuat seperti kipas 3 bilah, menjadikannya lebih selesa dan tidak terlalu bising.

image is not available

Bagi kipas yang mempunyai 5 bilah pula, ia sesuai untuk mereka yang menginginkan suasana yang lebih tenang dan senyap.

Menurut DR Elektrikal 924684x lagi, hembusan anginnya lebih lembut dan sangat sesuai diletakkan di bilik tidur.

Selain itu, tahap bunyi yang dihasilkan oleh kipas 5 bilah hanya sekitar 54 desibel, berbanding kipas 3 bilah yang boleh mencapai kira-kira 62 desibel.

image is not available
Baca juga: