Peningkatan Harga PlayStation Plus Di Malaysia Mulai 16 April 2025

TechnologyGamingDigital
10 Apr 2025 • 7:29 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Playstation telah mengumumkan pelarasan harga langganan Playstation Plus di beberapa negara rantau Asia termasuk Malaysia. Langkah ini sebagai tindak balas kepada keadaan pasaran global yang terus mencabar perniagaan di seluruh dunia.

image is not available

Pelarasan harga ini akan berkuat kuasa mulai 16 April 2025, dan terpakai kepada tiga kategori langganan  iaitu PlayStation Plus Essential, PlayStation Plus Extra, dan PlayStation Plus Deluxe. Berikut adalah butiran harga baharu untuk Malaysia:

PlayStation Plus Essential

  • 1 Bulan: RM35 (RM32)
  • 3-Bulan: RM95 (RM75)
  • 12-Bulan: RM285 (RM235)

PlayStation Plus Extra

  • 1 Bulan: RM55 (RM49)
  • 3-Bulan: RM155 (RM125)
  • 12-Bulan: RM490 (RM400)

PlayStation Plus Deluxe

  • 1 Bulan: RM65 (RM55)
  • 3-Bulan: RM185 (RM145)
  • 12-Bulan: RM575 (RM460)

Bagi pelanggan sedia ada, pelarasan harga ini hanya akan dikira pada tarikh pengebilan berikutnya, atau selepas 24 Jun 2025. Bagaimanapun, sebarang perubahan pada keahlian seperti naik taraf, turun taraf, atau tambahan tempoh langganan, yang dilakukan pada atau selepas 16 April 2025 akan dikenakan harga baharu ini.