Penipuan Kod QR Meningkat di Malaysia Menurut Kaspersky

TechnologyDigital
28 Apr 2025 • 6:44 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Penggunaan kod QR semakin meluas di Malaysia, bukan sahaja untuk transaksi perbankan nirtunai yang mudah digunakan tetapi juga sebagai medium penipuan baharu. Menurut Kaspersky dalam temubual bersama Bernama, penipuan berlaku apabila kod QR sah digantikan dengan kod palsu, menyebabkan risiko kecurian data dan maklumat kewangan pengguna.

image is not available

Laporan Global Overview Digital 2025 menunjukkan Malaysia berada di tempat kedua selepas China dengan 66.1% penduduk aktif menggunakan kod QR. Dengan peningkatan penggunaan ini, risiko penipuan turut meningkat pada kadar yang sama.

Data PDRM juga mendedahkan 12,110 kes penipuan atas talian telah direkodkan pada suku pertama 2025, membabitkan kerugian RM573.7 juta. Jumlah ini meningkat berbanding 10,715 kes bernilai RM519.9 juta pada suku terakhir 2024, termasuk kes berkaitan kod QR palsu. Pengguna dinasihatkan supaya lebih berhati-hati ketika menggunakan kod QR dan memastikan sumbernya boleh dipercayai bagi mengelakkan risiko penipuan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved