Penjaga Gol Lazio Buat Atletico Madrid Gigit Jari, Berjaya Jaringkan Gol Pada Minit Akhir

Football
20 Sep 2023 • 6:14 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Penjaga Gol Lazio Buat Atletico Madrid Gigit Jari, Berjaya Jaringkan Gol Pada Minit Akhir

Penjaga gol Lazio, Ivan Provedel diangkat sebagai hero selepas berjaya menjaringkan gol pada minit-minit akhir untuk mengikat Atletico Madrid dalam perlawanan kumpulan E Liga Juara-Juara Eropah, lapor Sky Sports.

Provedel berjaya menjaringkan gol untuk Lazio dengan tandukan bergayanya ke gaung lawan dalam perlawanan pada awal pagi tadi.

Jaringan Provedel itu telah berjaya memberikan jaringan penyamaan pasukannya dengan keputusan seri 1-1.

Gol itu berjaya dijaringkan pada lima minit terakhir masa kecederaan yang diberikan pengadil.

Lazio yang diberikan sepakan sudut pada minit terakhir telah membuatkan Provedel turut berada di dalam kotak penalti pasukan lawan.

Provedel yang bijak mencari ruang berjaya menanduk masuk hantaran silang daripada Luis Alberto dan seterusnya berjaya menjaringkan gol.

Provedel menjadi penjaga gol pertama yang menjaringkan gol dalam Liga Juara-Juara

Jaringan saat terakhir itu telah menjadikan Provedel sebagai penjaga gol pertama yang menjaringkan gol dalam perlawanan Liga Juara-Juara.

Ia selepas 13 tahun sejak pemain Nigeria, Vincent Enyeama berjaya memberikan kejayaan kepada Hapoel Tel Aviv.

Gol Provedel adalah jaringan keenam yang telah dijaringkan oleh penjaga gol dalam Liga Juara-Juara.

Jaringan itu adalah yang kedua selepas Sinan Bolat menjaringkan gol untuk Standard Liege menentang AZ Alkmaar pada tahun 2009.

Dalam pada itu, pertemuan Kumpulan E telah mengundang drama selepas gol daripada Calvin Stengs dan Alireza Jahanbaksh menyaksikan Feyenoord meraih kemenangan 2-0 ke atas Celtic.

Sepakan percuma Steng masuk ke gaung lawan dan memberikan pasukan Belanda itu gol pendahuluan pada separuh masa pertama.

Anak buah Brendan Rodgers bagaimanapun terpaksa bermain dengan sembilan pemain sahaja selepas dua daripada pemainnya dilayangkan kad merah.

Dua pemain yang dikenakan kad merah itu adalah Gustaf Lagerbielke dan Odin Thiago Holm.

Sumber: Sky Sports