Penjaga gol Manchester United sertai Crystal Palace

Football
1 Sep 2023 • 8:34 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Henderson

CRYSTAL Palace menandatangani penjaga gol Dean Henderson dari Manchester United dengan kontrak lima tahun.

Bayaran perpindahan tidak didedahkan tetapi media Britain melaporkan bahawa Palace akan membayar United 20 juta pound termasuk tambahan.

“Mengucapkan selamat tinggal kepada United adalah saat yang penuh emosi buat saya.

"Kelab ini telah menjadi sebahagian daripada hidup saya sejak saya masih kecil," tulis Henderson di media sosial.

Sebagai rekod, Henderson dipinjamkan ke Sheffield United dari 2018-2020 diikuti Nottingham Forest pada musim 2022-23.

Dia membuat penampilan untuk England pada 2020, semasa kemenangan persahabatan 3–0 ke atas Ireland selepas menggantikan Nick Pope pada separuh masa.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved