Penjaja Putatan lega isu sewa tapak bazar Ramadan selesai

12 Mar 2024 • 1:05 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

PUTATAN: Penjaja kecil di kawasan ini kini mampu menarik nafas lega setelah kegusaran mereka mengenai sewa tapak bazar Ramadan yang mahal hingga mencecah RM750, mendapat pembelaan.

Ia susulan bantahan wakil rakyat Petagas, Datuk Awang Ahmad Sah Awang Sahari yang meminta Majlis Daerah Putatan (MDP) menurunkan kadar sewa itu kerana ia jelas menyusahkan peniaga.

Awang Ahmad berkata, pada masa sama kadar itu juga akan menyebabkan kenaikan harga jualan makanan yang seterusnya akan membebankan pelanggan khususnya rakyat di kawasan ini.

“Difahamkan, kadar (baharu) sewa tapak bazar Ramadan di beberapa lokasi di kawasan ini dari RM600 ke RM750 setapak hingga menimbulkan kegusaran di kalangan peniaga kecil ini.

SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more “Saya telah berbincang dengan Pegawai Eksekutif MDP bahawa saya bantah kadar sewa itu yang sudah tentu akan meningkatkan harga jualan makanan hingga membebankan rakyat.

“Susulan itu, MDP bersetuju turunkan kadar sewa kepada harga sebelumnya iaitu RM350 hingga RM400 seunit, bergantung lokasi tapak bazar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan Program ‘Back To School’ YB Datuk Awang Ahmad Sah di Kampung Ulu Putatan, di sini, Sabtu.

Hadir sama Pengerusi Penganjur Pg Mohd Shahif Pg Tinggal merangkap Pegawai Khas kepada Datuk Awang Ahmad Sah.

Mengulas lanjut, Awang Ahmad berkata, bagaimanapun, beliau bersetuju dengan kadar sewa RM700 bagi 10 buah tapak yang lebih besar di kawasan berdekatan jalan raya utama di Putatan Central kerana lokasinya strategik.

“Cuma, di kawasan tapak bazar berdekatan Pasaraya Survey Putatan yang dikelola Pertubuhan Peladang, itu saya tidak ‘kacau’, namun peniaga boleh memilih untuk berniaga di kawasan yang sudah diturunkan kadar sewanya.

“Jika ada lagi kenaikan (sewa) peniaga boleh terus maklumkan saya dan saya akan pastikan mereka tidak membayar lebih daripada sepatutnya,” tegasnya.

Awang Ahmad yang juga Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Tanjung Aru berkata, satu harga siling bagi kadar sewa tapak bazar Ramadan di kawasan ini akan ditetapkan pada tahun depan.

Katanya, usaha itu diambil setelah berbincang dengan Ahli Parlimen Putatan, Datuk Ir. Shahelmy Yahya bagi memastikan masalah sama tidak berulang di masa depan.

“Saya telah berbincang dengan beliau (Shahelmy) dan tahun depan kita akan tentukan harga siling bagi kadar sewa tapak bazar Ramadan di kawasan ini supaya lebih terkawal.

“Pada masa sama, kita akan pastikan selain pihak ketiga dapat keuntungan (hasil sewa tapak bazar), rakyat (peniaga kecil) juga dapat harga (sewa tapak) yang berpatutan.

“Selain itu, MDP juga bersetuju dengan cadangan saya supaya membuka dua kawasan bazar Ramadan baharu masing-masing di Kampung Pasir Putih dan Taman Union dengan kadar sewa yang berpatutan,” katanya.

Terdahulu, lebih 500 pelajar sekolah rendah kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Petagas menerima bantuan kelengkapan persekolahan dan wang sumbangan Awang Ahmad pada majlis itu.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.