Penjara 5 Tahun Jika Didapati Miliki “Vape” Di Thailand – Peguam

3 Feb 2023 • 4:57 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Penjara 5 Tahun Jika Didapati Miliki “Vape” Di Thailand – Peguam

Seorang peguam selebriti memberi amaran bahawa sesiapa yang ditangkap memiliki rokok elektronik di Thailand bakal berdepan hukuman penjara sehingga lima tahun termasuk denda yang berat, lapor The Nation Thailand.

Amaran itu dikeluarkan oleh peguam bernama Ronnarong Kaewpetch yang sering mengulas isu hangat melalui perkongsian di media sosial Facebook miliknya dan juga televisyen.

Undang-undang itu diulas oleh beliau kerana terdapat kekeliruan oleh orang ramai selepas polis Bangkok didakwa mengambil rasuah daripada seorang aktres Taiwan terhadap pemilikan ‘vape’ yang dijumpai bersama aktres terbabit.

Dua kapten dan lima sarjan dari balai Huay Kwang menghadapi pertuduhan tatatertib dan jenayah selepas menahan aktres yang membawa ‘vape’ miliknya pada 5 Januari yang lalu.

Polis tersebut kemudiannya didakwa melepaskan aktres tersebut selepas menerima bayaran sebanyak 27,000 baht (RM3,500).

Rata-rata rakyat negara Gajah Putih tersebut tidak tahu sebab apa alasan polis menahan pelakon Taiwan itu sedangkan penjualan peranti tersebut dijual secara meluas dan digunakan oleh orang ramai.

Ronnarong bagaimanapun memberi amaran bahawa orang yang ditangkap menggunakan ‘vape’ di Thailand boleh dikenakan hukuman penjara lima tahun dan denda empat kali ganda harga peranti tersebut.

Tambahnya lagi, hisap ‘vape’ di khalayak ramai juga melanggar undang-undang di bawah Seksyen 42 Akta Kawalan tembakau yang membawa hukuman denda sebanyak 5,000 baht (RM 645).

Kementerian Perdagangan Thailand telah mengharamkan import peranti ‘vape’ e-rokok, baraku dan peranti merokok baraku elektrik pada 2014 lagi, katanya. Larangan tersebut turut meliputi penjualan bagi cecair ‘vape’.

Mengimport peranti atau cecair ‘vape’ melanggar Seksyen 20 Akta Import/Eksport dan membawa kepada hukuman penjara sehingga 10 tahun dan/atau denda lima kali ganda nilai barangan.

Lembaga Perlindungan Pengguna juga telah mengharamkan penjualan e-rokok, baraku, e-baraku dan cecairnya pada 2015.

Jika didapati memiliki barangan tersebut, mereka boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun dan/atau denda 500,000 baht (RM 64,500) bagi pesalah yang didapati bersalah.