
Kota Kinabalu: Seramai 12 warga Pakistan dipenjara dan didenda atas pelbagai kesalahan imigresen.
Mereka ialah Ali Shahab, Aamir Khan, Ahmad Uzair, Hassan Nawab, Shams, Inayat Ur Rahmanh, Irfan Khan, Said Nawab, Muhammad Osama, Sajid Khan, Irshad Muhammad, dan Ali Niaz.
Kesemua mereka mengaku bersalah secara berasingan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Hurman Hussain terhadap pertuduhan yang dihadapi mereka.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Hassan didenda RM12,000 atau 12 bulan penjara, manakala Irfan, Said, Muhammad, Sajid, Irshad dan Ali masing-masing didenda RM10,000, jika gagal bayar akan dipenjara antara enam hingga 12 bulan, kerana tinggal di negeri ini selepas dokumen mereka iaitu Pas Khas dan Pas Lawatan Sosial tamat tempoh.
Mereka tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan antara satu bulan hingga dua tahun.
Kesalahan di bawah Seksyen 15(c) Akta Imigresen 1959/63 dan dihukum di bawah Seksyen 15(4) Akta sama itu memperuntukkan hukuman denda sehingga RM10,000, penjara hingga lima tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Sementara itu, Aamir didenda RM5,000 atau enam bulan penjara manakala Ali dan Inayat masing-masing diperintahkan membayar denda RM3,000 atau empat bulan penjara kerana memasuki negeri ini secara haram.
Shams pula dihukum penjara empat bulan juga kerana memasuki negeri ini secara haram.
Ahmad pula didenda RM500 atau penjara tiga bulan kerana melanggar syarat dalam dokumennya.
Sebahagian daripada warga Pakistan itu telah membayar denda mereka, manakala yang gagal membayarnya perlu menjalani hukuman penjara sebagai ganti.
Mereka ditangkap di beberapa lokasi berasingan di Penampang, Manggatal dan Kota Belud pada Julai tahun ini dalam operasi yang dijalankan oleh Jabatan Imigresen.
Mahkamah turut memerintahkan kesemua warga Pakistan terbabit dirujuk kepada Jabatan Imigresen selepas membayar denda atau menjalani hukuman penjara mereka.
Pegawai Pendakwa Chin Tze Mee dan Mohd Sharifuddin Salim dari Jabatan Imigresen mengendalikan pendakwaan.


